Monday, February 28, 2011

UCAPAN SULUNG CALON UMNO BN DUN KERDAU



Video klip ucapan sulung selepas diumumkan sebagai calon PRK DUN Kerdau.


Dalam siri kempennya hari ini, calon UMNO BN, ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad akan melawat ke Kampong Teluk Sentang bermula kira-kira jam 11.30 pagi untuk bertemu penduduk-penduduk kampong bagi mengetahui permasalahan mereka sambil merayu undi.

Pada sebelah malamnya beliau diramalkan akan ke Jengka 22 dan bersama menyertai program 'Doktor Turun Ke Desa'.

Sunday, February 27, 2011

MENGIRINGI LAWATAN PM KE DUN KERDAU








Bermula diawal pagi pada jam 9.30 pagi dengan menyambut ketibaan PM DS Najib di Felda Jengka 23. Calon BN Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad mengiringi PM dan MB Pahang melawat beberapa kawasan tanah rancangan lainnya iaitu Jengka 22 dan Jengka 25 untuk bertemu dengan rakyat.

DS Najib selain dari Perdana Menteri Malaysia, beliau juga bertanggung-jawab sepenuhnya terhadap Felda, justeru itulah kesempatan ini beliau ambil untuk bertemu para peneroka dirancangan-rancangan yang disebutkan tadi.

Selain itu calon juga turut mengiringi PM dan MB ke kampong tradisional Kg. Batu Sawar untuk bertemu dengan penduduk-penduduk kampong tradisional lain yang. Di semua tempat dimana PM memberi ucapannya, tidak lupa beliau memperkenalkan calon serta meminta mereka memberikan undian dalam PRK yang akan diadakan pada 6hb. Mac nanti.






Peneroka-peneroka Felda dalam pertemuan dengan PM di Jengka 25






PM bersalaman dengan sebahagian pemimpin masyarakat Jengka 25





Bersalaman dengan rakyat jelata





Penduduk perkampongan tradisional menunggu PM 
dengan penuh sabar di Kg. Batu Sawar


PM berucap dan memperkenalkan calon BN


 PM meminta rakyat terus menyokong BN untuk kestabilan politik tanahair
dan kesinambungan ketuanan Melayu


 UNDILAH CALON BN DALAM PRK DUN KERDAU

Friday, February 25, 2011

Menjelang Penamaan Calon N28.

Esok iaitu 26hb Februari merupakan hari penamaan calon bagi DUN Kerdau N 28. BN telah mengumumkan calonnya iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad. Sementara PAS sudah muktamad dan tekad menurun calon 'recycle', Hassanudin Salim, Ketua Penerangan PAS Negeri.

Sudah muktamad calon masing-masing, esok mereka akan ke Pusat Penamaan Calon bagi mendaftarkan calon masing-masing dan bermulalah kempen PRK DUN Kerdau yang telah kosong setelah penyandangnya, Datuk Zaharudin kembali ke rahmatullah baru-baru ini.


Mengapa PAS tidak menurunkan Tuan Ibrahim Tuan Man yang kelihatan lebih menggugat jika dibandingkan dengan Hassanudin yang pernah tewas dengan Datuk Zaharudin pada PRU ke 12?

Untuk mengetahui lebih lanjut baca sini.

Thursday, February 24, 2011

AHMAD MASLAN DI JENGKA 23

 Datuk Ahmad Maslan di Sidang Akhbar mengenai lawatan PM di Jengka 23


 Sebahagian petugas Jalinan Rakyat Wanita UMNO Bahagian Jerantut 
di Rumah Jerantut, Felda Jengka 25


Pintu masuk ke Perumahan Felda Jengka 25


Petang tadi (23.2.2011, Datuk Ahmad Maslan dalam sidang akhbarnya di Balai Raya Jengka 23, memberikan  taklimat mengenai rangka jadual kawatan YAB Perdana Menteri pada 27hb Februari nanti ke Felda Jengka 22, 23 dan 25.

Berhubung dengan PRK DUN Kerdau, beliau juga memaklumkan bahawa 57 peratus undi dalam DUN Kerdau adalah datangnya dari 3 Peti undi Jengka berkenaan manakala 43 peratus lagi datangnya dari 10 peti undi lainnya.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa dalam ucapan Mat Sabu dalam kempennya, merayu pengundi Merlimau memberikan undi kepada Pas atas alasan Pas tidak mampu bersuara sebagai pembangkang kerana ketiadaan kerusi didalam  DUN Melaka. Bagaimanapun, Ahmad Maslan menegaskan bahawa tidak perlu undi simpati diberikan kepada Pas bagi DUN Merlimau kerana suara Pas sebagai pembangkang sepatutnya boleh didengar melalui 'sahabatnya' DAP.

Tambahnya lagi, jika DAP tidak dapat membawa suara Pas didalam DUN Melaka, apakah gunanya persahabatan mereka selama ini? Selain itu, Datuk Ahmad Maslan juga menolak pengunaan perkataan 'Pakatan Rakyat' kerana lojiknya rakyat tidak pernah berpakat atau memberikan mandat kepada parti-parti pembangkang untuk mewakili suara rakyat selama ini. Pakatan itu hanyalah pakatan parti-parti pembangkang untuk melemahkan kerajaan.

Beliau juga menyeru pengamal media termasuk blogger supaya jangan lagi mengunakan perkataan 'Pakatan Rakyat' bagi merujuk gabungan dan kerjasama parti pembangkang dalam mana-mana ucapan dan tulisan kerana itu adalah tidak sesuai dan tidak benar sama sekali sebaliknya mereka patut dirujuk hanya sebagai 'pakatan haram' kerana tidak ada pendaftaran resmi sehingga kini.

Kerajaan BN Pahang Terus Berbakti.

Antara pelajar yang menerima biasiswa.
MB Pahang ketika menghadiri Majlis Penyampaian Biasiswa Sekolah Menengah/Rendah Bersama Yayasan Pahang.


Pada pukul 3 petang, 23hb Februari, YAB Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob telah menyerahkan bantuan biasiswa kepada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Sentang Temerloh. 

Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional pimpinan beliau tidak pernah penat menabur bakti kepada rakyat Pahang samada semasa pilihanraya atau tidak. Malah pada majlis berkenaan Dato' Sri Diraja mengumumkan kenaikan jumlah biasiswa sekolah menengah sebanyak RM 600 setahun dan sekolah rendah sebanyak RM 300 setahun.

Selepas majlis berkenaan Dato' Sri Diraja mengadakan lawatan rumah ke rumah disekitar kawasan  Kuala Sentang. MB berjiwa rakyat dari kerajaan prihatin masalah rakyat.


Wednesday, February 23, 2011

Gendang Perang Sudah Di Palu.




Petang 22hb Februari 2011 Tan Sri Muhyidin Yasin telah mengumumkan calon BN. Sudah rasmi sekarang calon dari BN adalah Syed Ibrahim bin Syed Ahmad. Sila baca posting dibawah jika ingin mengenali calon BN yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar ini.

BN sudah mengorak langkah. Kita sedang menunggu gerakan dari PAS pula. Siapa yang akan dicalonkan oleh PAS. Khabar angin bertiup kencang PAS akan mempertaruhkan Tuan Ibrahim Tuan Man. Ada juga yang meramalkan Nasrudin Hasan Al Tantawi. Apapun, PAS dijangka akan mengumumkan calon mereka dalam jangka masa terdekat.

Gendang sudah dipalu. Tarian perang sudah bermula. Game on!

Tuesday, February 22, 2011

SYED IBRAHIM DIUMUM CALON BN DUN KERDAU



 Syed Ibrahim Syed Ahmad, Calon PRK DUN Kerdau


Sebentar tadi TPM TS Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Syed Ibrahim Syed Ahmad sebagai calon yang akan mewakili UMNO BN bagi merebut semula kerusi DUN Kerdau dalam PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.
Syed Ibrahim Syed Ahmad adalah anak tempatan yang menjawat Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau. Beliau juga adalah Pegawai Khas Agama kepada MB Pahang dan beliau adalah lulusan Ijazah Bahasa Arab dari  Universiti Al-Azahar, Mesir. Beliau adalah anak tempatan.

Berita ini sudah tentunya akan menggembirakan seluruh warga DUN Kerdau yang mengalu-alukan tokoh yang berpendidikan dan wara'. Ahli-ahli UMNO semua cawangan dalam bahagian Kuala Krau akan berusaha bersungguh-sungguh membantu memenangkan beliau dalam PRK ini nanti, bahkan ada beberapa cawangan yang berjanji akan membantu untuk membuatkan UMNO menang dengan majoriti yang lebih besar lagi.

Kami mengucapkan syabas dan berharap beliau akan bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar kelak.


Monday, February 21, 2011

UMNO KUALA KRAU BERUSAHA UNTUK KEMENANGAN LEBIH BESAR



Pejabat UMNO Bahagian Kuala Krau


Kekosongan kerusi DUN Kerdau berikutan kematian Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kasim akan diisi melalu satu Pilihanraya Kecil yang akan diadakan tidak lama lagi. Justeru, UMNO Bahagian Kuala Krau telahpun menghantar senarai 6 orang calon untuk tindakan selanjutnya dari Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Datuk Ismail Mohamed Said, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau mengesahkannya.

UMNO Kuala Krau juga yakin akan dapat mempertahankan kerusi DUN Kerdau malahan mensasarkan majoriti yang lebih besar lagi selaras dengan gelombang perubahan sokongan rakyat dewasa ini yang sudah mula cenderung untuk berbalik semula kepada menyokong UMNO BN.

Bagaimanapun, petugas-petugas pilihanraya diingatkan supaya berkerja lebih bersungguh-sungguh dengan menganggap pembangkang adalah sentiasa berusaha kuat untuk menjatuhkan kerajaan walau dengan apa cara sekalipun.

Sunday, February 20, 2011

DUN KERDAU MAJU DALAM SEKTOR PELANCONGAN

 Peta Pelancongan Inapdesa Kg. Desa Murni


 Peta Pelancongan Inapdesa Kg. Rumpun Makmur


 Gambar kenangan bersama keluarga angkat


 Bukan saja dapat menikmati makanan Melayu,
bahkan mereka juga memakai pakaian tradisi Melayu kita


 Kehidupan penuh keceriaan, janganlah di kucarkacirkan hendaknya


 Wajah-wajah ceria


Makanan tradisional dan secara adat Melayu



Dibawah Barisan Nasional, segalanya mungkin.

Kerdau adalah sebuah kawasan DUN antara yang termaju dan terawal melibatkan diri dengan program homestay @ inapdesa. Kampong Desa Murni mungkin juga merupakan yang terawal dalam menawarkan inapdesa di Pahang dan juga di Malaysia. Sehingga kini, Kampong Desa Murni masih menerima kunjungan dari pelancong Jepun saban tahun untuk menikmati pengalaman tinggal bersama dengan penduduk tempatan sambil mempelajari adat dan budaya tempatan.

Kerajaan Pahang dibawah agensi Pelancongannya, PKBF sentiasa memberikan bantuan dan khidmat nasihat serta menganjurkan kursus-kursus berkaitan pelancongan bagi mengembangkan lagi industri pelancongan negeri. Justeru, selain Desa Murni, Kampong Rumpun Makmur juga telah dibangunkan sebagai destinasi pelancongan inapdesa dengan menawarkan penginapan berserta aktiviti yang menarik.

Industri pelancongan telah berkembang pesat di DUN Kerdau dengan selain dari menawarkan penginapan Inapdesa, juga memberi peluang kepada anak muda tempatan untuk menceburi bidangkerja sebagai Pemandu Pelancong. Gunung Senyum merupakan bukit batu kapor yang menawarkan banyak gua-gua menarik untuk diterokai. Hanya pemandu yang berpengalaman saja yang mampu memberikan perjalanan anda menjadi menarik yang sukar dilupakan.

Wednesday, February 16, 2011

N.28 DUN Kerdau





Info Mengenai Dewan Undangan Negeri Kerdau:

N.28 DUN Kerdau 

Parlimen P.87 Kuala Krau, Pahang

Pru 2004 -pemilih 8027
Majoriti - 2565 (40.67%)
Calon bn ( redzwan harun) - 4436 (70.33%)
Calon pas ( abu bakar mohamed) - 1871 (29.67%)

Pru2008 - pemilih 8451

Majoriti - 1615 (24.22%)
Calon bn (zaharuddin kassim) 4135 (62.02%)
Calon pas (hassanuddin salim) 2520 (37.80%)


Ringkasan profil kawasan N.28 Kerdau, Pahang

Maklumat berdasarkan pru 2008:

Jumlah pemilih: 8451

Undi tolak: 122
Kertas undi dikeluarkan: 6789
Undi tdk kembali: 12
Peratus pengundian: 80.33%
Majoriti: 1615

Terdapat 13 daerah mengundi iaitu:

087/28/01 rumpun makmur
087/28/02 felda jengka 25
087/28/03 felda jengka 22
087/28/04 kg batu sawar
087/28/05 felda jengka 23
087/28/06 kuala tekal
087/28/07 pulau pasir mandi
087/28/08 kerai
087/28/09 lipat kajang
087/28/10 desa murni
087/28/11 kerdau
087/28/12 kuala kerdau
087/28/13 teluk sentang

Peratusan pengundi:

Melayu 89%
Cina 6%
India 3.7%
Lain-lain 2.5%





Tuesday, February 15, 2011

Maulidul Rasul.


Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW.


‎​ســمِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…

آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ Ùˆَ عَÙ„Û“ِ آلِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ


آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ

آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ
آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ
آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ
آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ
آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ



Salam dan Selamat menyambut Maulidul Rasul.

Monday, February 14, 2011

BLOG BAGI KESINAMBUNGAN JASA ALLAHYARHAM


Sedekahkan Al-Fatihah untuk roh beliau semoga Allah 
menempatkannya dikalangan orang-orang yang beriman


Allahyarham, semasa hayatnya sanggup meredah 
segenap ceruk rantau untuk memberikan bantuan kepada rakyat


Jutaan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan disini sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kasim sewaktu hayatnya selaku Wakil Rakyat ADUN Kerdau.

Terlalu banyak jasa-jasa yang beliau telah sumbangkan kepada seluruh rakyat di DUN Kerdau ini jika kita ingin nilaikan nyatalah ianya tidak terhingga.

Justru, laman blog ini dibina bagi mengingati segala jasa-jasa yang beliau telah berikan kepada kita selama ini dan juga bagi wakil rakyat yang akan meneruskan kesinambungan tugas dan tanggungjawabnya kepada agama, bangsa dan negara kita yang tercinta ini.


Sunday, February 13, 2011

JENAZAH ADUN KERDAU DKEBUMIKAN HARI INI





Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, meninggal dunia akibat penyakit jantung di rumahnya di Pekan Kerdau, di sini, kira-kira jam 6.30 petang, semalam.

Allahyarham berusia 64 tahun, dipercayai mengalami serangan jantung sebelum terjatuh dalam bilik air di rumahnya. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kerdau selepas solat Zuhur, hari ini.
 
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir dan solat jenazah kira-kira jam 11.00 pagi. Ramai pemimpin UMNO BN yang dilihat hadir untuk memberikan penghormatan terakhir. Kerajaan Negeri Pahang diwakili oleh Exco, Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin dan beberapa orang exco kerajaan negeri.


Saturday, February 12, 2011

DATUK ZAHARUDDIN ABU KASSIM MENINGGAL DUNIA






Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, diberitakan telah meninggal dunia petang tadi (12.2.2011) akibat terjatuh didalam bilik air di rumahnya

Beliau dibawa ke Hospital Temerloh dan disahkan meninggal dunia kemudiannya. 

Allahyarham sebelum ini telah menerima rawatan di IJN kerana masalah jantung. Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said mengesahkannya.


Semoga Allah  mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Salam takziah juga untuk seluruh keluarga dan  kaum kerabat.




Rujuk Berita Harian Online (KLIK)