Petang tadi, dalam satu majlis bersama Dato' Ismail Sabri Yaakob, bekas Pengerusi UMNO Cawangan Jengka 25 yang diberitakan melompat menyertai Pas telah melompat menyertai semula UMNO.
Dalam temuramah menyertai semula UMNO, beliau menafikan yang beliau menyertai Pas dulu dengan membawa seramai 11 orang pengikut.
Selain itu beliau menyatakan ketidakpercayaannya terhadap Pas dalam membangunkan dan mentadbir negara serta menegakkan syiar Islam.
Menyokong Pas bermakna menyokong menghancurkan bangsa Melayu kerana Pas bukanlah peneraju dalam pakatan pembangkang dan Pas tidak mampu menentukan arahtuju parti kerana dikongkong oleh DAP.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hit Counter
Saturday, March 5, 2011
KEMPEN RABBANI DI J22
Jika Pas membawa Bob Loke man dalam setiap siri kempennya, maka UMNO BN membawa kumpulan nasyib dakwah Rabbani untuk membantu kempen.
Nampaknya Rabbani lebih tahu berterima kasih kepada kerajaan yang membantu mereka selama ini.
- UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL - Syed Ibrahim Syed Ahmad
BUATLAH PILIHAN YANG BETUL
Kuala Krau, 4 Mac- Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau diingatkan agar tidak merencatkan usaha pembangunan dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan memilih wakil rakyat yang salah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat seharusnya memilih calon yang boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri dan pusat untuk mempermudahkan menyelesaikan masalah dan keperluan mereka. “Adalah lebih elok memilih calon yang boleh bekerjasama dengan pimpinan negeri dan pusat untuk mempermudahkan urusan membantu rakyat daripada segi ekonomi, prasarana, pendidikan, perubatan dan kesihatan dan sebagainya. Ini kerana masih ada ruang untuk kawasan ini dibangun dan dimajukan,” ujarnya ketika Program Ramah Mesra bersama Masyarakat di Kampung Rumpun Makmur, petang tadi.
Dalam masa yang sama, Muhyiddin mengingatkan jentera BN agar bekerja lebih keras dalam tempoh 48 jam terakhir berkempen. Ini adalah satu tempoh masa yang kritikal, dan menjadi penentu kepada kemenangan calon BN, 6 Mac nanti.
“Tempoh 48 jam ini kritikal, dulu kita memperoleh majoriti besar tetapi jangan abaikan kecenderungan pada tempoh terakhir ini. Saya yakin pengundi di kawasan Kerdau memahami segala tindakan kerajaan khususnya usaha transfromasi dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang bertujuan membawa kesejahteraan kepada negara dan rakyat.
Justeru, rakyat dan penduduk Kerdau khususnya masyarakat di Rumpun Makmur ini perlu menterjemahkan kefahaman itu dengan menyokong calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Bila kita memangkah (calon BN) maknanya kita sokong usaha untuk memerangi jenayah, kita sokong usaha memperbaiki pendidikan, infrastruktur,” tambahnya lagi.
Muhyiddin berkata, konsep pembangunan yang dirangka BN mengimbangi antara dunia dan akhirat, sekali gus ia penting dalam kehidupan rakyat dan memajukan negara, begitu juga dasar yang digariskan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. “Oleh itu, bagi membolehkan proses pembangunan itu diteruskan, calon BN adalah yang terbaik kerana kita mahu memudahkan semua urusan untuk membantu rakyat sama ada daripada segi ekonomi, pendidikan, prasarana, sosial, perkhidmatan, kesejahteraan rakyat, kebajikan dan kesihatan,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan pengalaman pada pilihan raya kecil terdahulu, ukuran penerimaan rakyat kepada BN semakin meningkat apabila memenangi hampir setiap pilihan raya kecil yang ditandingi. Kini di DUN Merlimau dan Kerdau, saya percaya dengan situasi sekarang BN boleh meraih kemenangan yang lebih besar berbanding 2008,” katanya.
Hadir sama ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Pada majlis itu, Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said turut mengumumkan kelulusan kerajaan membina sebuah sekolah kebangsaan bernilai RM6 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan sebuah masjid baru bernilai RM2 juta bagi kemudahan penduduk Rumpun Makmur.
(Sumber: http://1kerdau.wordpress.com/)
Friday, March 4, 2011
HARI INI BERSAMA SYED IBRAHIM
Syed Ibrar diberikan penerangan mengenai blog DUN Kerdau
oleh petugas-petugas beliau di Bilik Gerakan BN Kerdau.
1. Banyak aktiviti yang dilakukan oleh calon semalam dalam usaha meraih undi dari masyarakat dan pengundi DUN Kerdau. Biarpun kemenangan diramalkan sudah berada dalam 'tangan' tetapi usaha giat harus tetap dilakukan kerana pihak pembangkang dikenalpasti banyak menggunakan taktik kotor dan tipu muslihat untuk mengurangkan undi terhadap parti kerajaan.
2. Malam semalam khabarnya ada 2 ceramah hebat didalam satu gelanggang. Rumput Makmur telah dibanjiri beribu-ribu orang kerana ceramah DS Anwar dan Ummi Hafilda diadakan serentak ditempat yang berhampiran. Saya cuma merayu supaya jangan ada insiden yang buruk berlaku kerana saya pasti masyarakat kita disini tidak akan bergaduh sesama sendiri kerana ketaksuban terhadap parti dan tokoh sanjungan mereka.
Yang datang dan membawa kekecohan adalah penyokong-penyokong dari luar yang diupah oleh pembangkang semata-mata untuk menimbulkan kekecohan dengan harapan memburukkan kerajaan serta pihak pasukan keselamatan kita.
Saya percaya, sahabat-sahabat dan saudara-mara saya semua sudah bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Mana janji kerajaan yang mampu ditunaikan dan mana janji palsu pembangkang yang hanya manis dibibir saja.
Jangan sesekali tertipu dengan sesiapa yang cuba mengambil kad pengenalan yang kononnya untuk tujuan mendapatkan tanah kerana mereka itu adalah pendusta yang kadang-kadang menyamar sebagai wanita UMNO atau penjawat awam.
3. Hari ini calon UMNO BN akan menziarahi pengundi-pengundi dalam program yang disusun oleh DSR Menteri Besar Pahang sehingga petang nanti. Kemungkinan juga calon akan turut bersama menyertai program TPM Tan Seri Muhyiddin Yassin yang dijangka akan datang pada tengahari nani.
Thursday, March 3, 2011
TEMURAMAH DENGAN BERITA HARIAN ONLINE
Calon DUN Kerdau di temuramah oleh Berita Harian Online. Terima kasih kepada semua rakan-rakan media arus perdana dan media baru serta semua pihak yang memberikan sumbangan sepanjang kempen PRK Kerdau ini.
Wednesday, March 2, 2011
SYED IBRAHIM HARI INI
Syed Ibrahim Syed Ahmad, calon DUN Kerdau hari ini menyertai mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Pahang yang sedang berlangsung sekarang ini. Memang dirasakan sangat wajar beliau menyertai mesyuarat pada saat ini bagi memudahkan beliau menerima dan memberi maklumat mengenai keadaan semasa serta memanjangkan suara rakyat sepanjang kempen pilihanraya kecil ini.
Pada sebelah petang nanti, beliau dijadualkan sama ada melawat dan beramah mesra dengan penduduk kampong di Kampong Teluk Sentang ataupun akan berada di Command Centre bertemu dengan para petugas PRK BN.
Tuesday, March 1, 2011
SEHARI TPM DI DUN KERDAU
Gambar Hiasan: Muhyiddin di Labis
Seperti hari-hari sebelumnya, hari ini juga adalah hari yang sibuk bagi calon. Ketika ini, jam 3.30 petang, calon mengiringi TPM TS Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Kerdau. Selepas itu beliau akan mengiringi TPM menemui ahli-ahli MIC Kerdau.
Selepas itu nanti calon dijangka mengiringi pula DS Rasi Yatim di Desa Murni menemui penduduk kampong berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
