Wednesday, March 9, 2011

KEPUTUSAN PENUH PRK DUN KERDAU 6hb. MAC 2011





Kita mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus dari mula hingga ke akhir membantu kempen bagi memenangkan calon UMNO BN DUN Kerdau, Ustaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

Kita juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengundi dan warga DUN Kerdau terutamanya  yang telah mengundi dan membantu kemenangan calon untuk disahkan sebagai wakil rakyat yang akan berusaha bersungguh-sungguh mambalas semua jasa mereka dengan memberikan perkhidmatan yang akan memuaskan hati semua pihak.



Berikut adalah keputusan penuh berdasarkan peti-peti undi:





UNDI POS
BN 39 PAS 11 ROSAK 1 MAJORITI 28 JUMLAH 51

BALAI RAYA KG. SERI TANJONG
SALURAN 1 : BN 146 PAS 55 ROSAK 4 MAJORITI 91 JUMLAH 201

SEK KEB KERDAU
SALURAN 1 : BN 152 PAS 103 ROSAK 4 MAJORITI 49 JUMLAH 458
SALURAN 2: BN 155 PAS 144 ROSAK 3 MAJORITI 11 JUMLAH 302

SEK KEB JENGKA 22
SALURAN 1 : BN 182 PAS 94 ROSAK 5 MAJORITI 88 JUMLAH 281
SALURAN 2 : BN 224 PAS 94 ROSAK 2 MAJORITI 130 JUMLAH 320
SALURAN 3 : BN 183 PAS 94 ROSAK 2 MAJORITI 89 JUMLAH 279

SEK KEB PAYA TARAM
SALURAN 1 : BN 184 PAS 83 ROSAK 9 MAJORITI 101 JUMLAH 276
SALURAN 2: BN 244 PAS 133 ROSAK 4 MAJORITI 111 JUMLAH 381

SEK KEB TELUK SENTANG
SALURAN 1 : BN 297 PAS 226 ROSAK 5 MAJORITI 71 JUMLAH 526

SEK KEB KUALA KEKAL
SALURAN 1 : BN 241 PAS 64 ROSAK 5 MAJORITI 177 JUMLAH 310

DEWAN SERBAGUNA RUMPUN MAKMUR
SALURAN 1: BN 199 PAS 51 ROSAK 7 MAJORITI 148 JUMLAH 257
SALURAN 2: BN 213 PAS 108 ROSAK 0 MAJORITI 105 JUMLAH 321

SEK KEB JENGKA 25
SALURAN 1: BN 307 PAS 43 ROSAK 1 MAJORITI 264 JUMLAH 351

SEK KEB JENGKA 23
SALURAN 1: BN 236 PAS 95 ROSAK 3 MAJORITI 141 JUMLAH 334
SALURAN 2: BN 390 PAS 133 ROSAK 7 MAJORITI 257 JUMLAH 530
SALURAN 3: BN 293 PAS 177 ROSAK 8 MAJORITI 116 JUMLAH 482

SEK KEB PULAU PASIR MANDI
SALURAN 1: BN 144 PAS 108 ROSAK 2 MAJORITI 36 JUMLAH 254

BALAI RAYA KERAI
SALURAN 1: BN 286 PAS 44 ROSAK 5 MAJORITI 242 JUMLAH 335

SEK KEB LIPAT KAJANG
SALURAN 1: BN 243 PAS 99 ROSAK 4 MAJORITI 144 JUMLAH 346

SEK MEN KEB KERDAU
SALURAN 1: BN 204 PAS 93 ROSAK 6 MAJORITI 111 JUMLAH 33
SALURAN 2: BN 267 PAS 132 ROSAK 2 MAJORITI 135 JUMLAH 401
SALURAN 3: BN 227 PAS 152 ROSAK 2 MAJORITI 75 JUMLAH 381


JUMLAH KESELURUHAN : 
PAS - 2336 
BN - 5060 
BN MENANG MAJORITI 2724

Sunday, March 6, 2011

HARI PENENTUAN




Bagi Pihak calon BN, Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad, kami crew blog DUN Kedau merayu agar saudara-saudara serta sahabar handai yang mengundi dalam PRK DUN Kerdau ini mengundi calon pilihan BN bagi meneruskan kesinambungan membela rakyat yang dilaksanakan oleh UMNO BN selama ini.

Parti pembangkang tidak akan memenangi PRK ini tetapi mereka hanya ingin menganggu-gugat kita dengan mengecilkan majoriti undi kita, justeru itu kita harus berkerja lebih kuat lagi dengan merayu sahabat-andai kita serta saudara-mara kita untuk mengundi BN.

Kemenangan BN adalah untuk generasi akan datang, untuk anak-cucu kita mendapat kehidupan yang sempurna dan untuk menjamin kita masih kekal mendapat hak-hak kita yang sudah diperuntukkan didalam perlembagaan negara.


~ UNDILAH BARISAN NASIONAL ~

Saturday, March 5, 2011

Ahli UMNO Lompat Pas Lompat Balik

Petang tadi, dalam satu majlis bersama Dato' Ismail Sabri Yaakob, bekas Pengerusi UMNO Cawangan Jengka 25 yang diberitakan melompat menyertai Pas telah melompat menyertai semula UMNO.

Dalam temuramah menyertai semula UMNO, beliau menafikan yang beliau menyertai Pas dulu dengan membawa seramai 11 orang pengikut.

Selain itu beliau menyatakan ketidakpercayaannya terhadap Pas dalam membangunkan dan mentadbir negara serta menegakkan syiar Islam.

Menyokong Pas bermakna menyokong menghancurkan bangsa Melayu kerana Pas bukanlah peneraju dalam pakatan pembangkang dan Pas tidak mampu menentukan arahtuju parti kerana dikongkong oleh DAP.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KEMPEN RABBANI DI J22



Jika Pas membawa Bob Loke man dalam setiap siri kempennya, maka UMNO BN membawa kumpulan nasyib dakwah Rabbani untuk membantu kempen. 

Nampaknya Rabbani lebih tahu berterima kasih kepada kerajaan yang membantu mereka selama ini.

- UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL - Syed Ibrahim Syed Ahmad

BUATLAH PILIHAN YANG BETUL




Kuala Krau, 4 Mac- Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau diingatkan agar tidak merencatkan usaha pembangunan dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan memilih wakil rakyat yang salah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat seharusnya memilih calon yang boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri dan pusat untuk mempermudahkan menyelesaikan masalah dan keperluan mereka. “Adalah lebih elok memilih calon yang boleh bekerjasama dengan pimpinan negeri dan pusat untuk mempermudahkan urusan membantu rakyat daripada segi ekonomi, prasarana, pendidikan, perubatan dan kesihatan dan sebagainya. Ini kerana masih ada ruang untuk kawasan ini dibangun dan dimajukan,” ujarnya ketika Program Ramah Mesra bersama Masyarakat di Kampung Rumpun Makmur, petang tadi.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin mengingatkan jentera BN agar bekerja lebih keras dalam tempoh 48 jam terakhir berkempen. Ini adalah satu tempoh masa yang kritikal, dan menjadi penentu kepada kemenangan calon BN, 6 Mac nanti.

“Tempoh 48 jam ini kritikal, dulu kita memperoleh majoriti besar tetapi jangan abaikan kecenderungan pada tempoh terakhir ini. Saya yakin pengundi di kawasan Kerdau memahami segala tindakan kerajaan khususnya usaha transfromasi dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang bertujuan membawa kesejahteraan kepada negara dan rakyat.

Justeru, rakyat dan penduduk Kerdau khususnya masyarakat di Rumpun Makmur ini perlu menterjemahkan kefahaman itu dengan menyokong calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Bila kita memangkah (calon BN) maknanya kita sokong usaha untuk memerangi jenayah, kita sokong usaha memperbaiki pendidikan, infrastruktur,” tambahnya lagi.

Muhyiddin berkata, konsep pembangunan yang dirangka BN mengimbangi antara dunia dan akhirat, sekali gus ia penting dalam kehidupan rakyat dan memajukan negara, begitu juga dasar yang digariskan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. “Oleh itu, bagi membolehkan proses pembangunan itu diteruskan, calon BN adalah yang terbaik kerana kita mahu memudahkan semua urusan untuk membantu rakyat sama ada daripada segi ekonomi, pendidikan, prasarana, sosial, perkhidmatan, kesejahteraan rakyat, kebajikan dan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman pada pilihan raya kecil terdahulu, ukuran penerimaan rakyat kepada BN semakin meningkat apabila memenangi hampir setiap pilihan raya kecil yang ditandingi. Kini di DUN Merlimau dan Kerdau, saya percaya dengan situasi sekarang BN boleh meraih kemenangan yang lebih besar berbanding 2008,” katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Pada majlis itu, Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said turut mengumumkan kelulusan kerajaan membina sebuah sekolah kebangsaan bernilai RM6 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan sebuah masjid baru bernilai RM2 juta bagi kemudahan penduduk Rumpun Makmur.

(Sumber: http://1kerdau.wordpress.com/)

Friday, March 4, 2011

HARI INI BERSAMA SYED IBRAHIM

Syed Ibrar diberikan penerangan mengenai blog DUN Kerdau 
oleh petugas-petugas beliau di Bilik Gerakan BN Kerdau.


1. Banyak aktiviti yang dilakukan oleh calon semalam dalam usaha meraih undi dari masyarakat dan pengundi DUN Kerdau. Biarpun kemenangan diramalkan sudah berada dalam 'tangan' tetapi usaha giat harus tetap dilakukan kerana pihak pembangkang dikenalpasti banyak menggunakan taktik kotor dan tipu muslihat untuk mengurangkan undi terhadap parti kerajaan.

2. Malam semalam khabarnya ada 2 ceramah hebat didalam satu gelanggang. Rumput Makmur telah dibanjiri beribu-ribu orang kerana ceramah DS Anwar dan Ummi Hafilda diadakan serentak ditempat yang berhampiran. Saya cuma merayu supaya jangan ada insiden yang buruk berlaku kerana saya pasti masyarakat kita disini tidak akan bergaduh sesama sendiri kerana ketaksuban terhadap parti dan tokoh sanjungan mereka.

Yang datang dan membawa kekecohan adalah penyokong-penyokong  dari luar yang diupah oleh pembangkang semata-mata untuk menimbulkan kekecohan dengan harapan memburukkan kerajaan serta pihak pasukan keselamatan kita.

Saya percaya, sahabat-sahabat dan saudara-mara saya semua sudah bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Mana janji kerajaan yang mampu ditunaikan dan mana janji palsu pembangkang yang hanya manis dibibir saja.

Jangan sesekali tertipu dengan sesiapa yang cuba mengambil kad pengenalan yang kononnya untuk tujuan mendapatkan tanah kerana mereka itu adalah pendusta yang kadang-kadang menyamar sebagai wanita UMNO atau penjawat awam.

3.  Hari ini calon UMNO BN akan menziarahi pengundi-pengundi dalam program yang disusun oleh DSR Menteri Besar Pahang sehingga petang nanti. Kemungkinan juga calon akan turut bersama menyertai program TPM Tan Seri Muhyiddin Yassin yang dijangka akan datang pada tengahari nani.

Thursday, March 3, 2011

TEMURAMAH DENGAN BERITA HARIAN ONLINE





Calon DUN Kerdau di temuramah oleh Berita Harian Online. Terima kasih kepada semua rakan-rakan media arus perdana dan media baru serta semua pihak yang memberikan sumbangan sepanjang kempen PRK Kerdau ini.