Friday, March 4, 2011

HARI INI BERSAMA SYED IBRAHIM

Syed Ibrar diberikan penerangan mengenai blog DUN Kerdau 
oleh petugas-petugas beliau di Bilik Gerakan BN Kerdau.


1. Banyak aktiviti yang dilakukan oleh calon semalam dalam usaha meraih undi dari masyarakat dan pengundi DUN Kerdau. Biarpun kemenangan diramalkan sudah berada dalam 'tangan' tetapi usaha giat harus tetap dilakukan kerana pihak pembangkang dikenalpasti banyak menggunakan taktik kotor dan tipu muslihat untuk mengurangkan undi terhadap parti kerajaan.

2. Malam semalam khabarnya ada 2 ceramah hebat didalam satu gelanggang. Rumput Makmur telah dibanjiri beribu-ribu orang kerana ceramah DS Anwar dan Ummi Hafilda diadakan serentak ditempat yang berhampiran. Saya cuma merayu supaya jangan ada insiden yang buruk berlaku kerana saya pasti masyarakat kita disini tidak akan bergaduh sesama sendiri kerana ketaksuban terhadap parti dan tokoh sanjungan mereka.

Yang datang dan membawa kekecohan adalah penyokong-penyokong  dari luar yang diupah oleh pembangkang semata-mata untuk menimbulkan kekecohan dengan harapan memburukkan kerajaan serta pihak pasukan keselamatan kita.

Saya percaya, sahabat-sahabat dan saudara-mara saya semua sudah bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Mana janji kerajaan yang mampu ditunaikan dan mana janji palsu pembangkang yang hanya manis dibibir saja.

Jangan sesekali tertipu dengan sesiapa yang cuba mengambil kad pengenalan yang kononnya untuk tujuan mendapatkan tanah kerana mereka itu adalah pendusta yang kadang-kadang menyamar sebagai wanita UMNO atau penjawat awam.

3.  Hari ini calon UMNO BN akan menziarahi pengundi-pengundi dalam program yang disusun oleh DSR Menteri Besar Pahang sehingga petang nanti. Kemungkinan juga calon akan turut bersama menyertai program TPM Tan Seri Muhyiddin Yassin yang dijangka akan datang pada tengahari nani.

1 comment:

Anonymous said...

N 28 DUN KERDAU...,

HARI INI BERSAMA SYED IBRAHIM

Awas taktik sampah pihak pembangkang. Isu yang dimainkan selain negara Islam acuan pembangkang, pemberian pemilikan tanah kekal. Awas taktik ini jangan dibiarkan menyusuk ke dalam jiwa pengundi dan masyarakat DUN Kerdau ketika ini khasnya Negeri Pahang Darul Makmur. Ingat tak semua pengundi menyokong UMNO/BN, cara yang terbaik untuk mengenl pasti kelemhan pentadbiran siap siaga dari sekarang untuk kemenagan berganda menjelang PRU ke 13 kelak...

Pang5 Banir...