Thursday, February 24, 2011

AHMAD MASLAN DI JENGKA 23

 Datuk Ahmad Maslan di Sidang Akhbar mengenai lawatan PM di Jengka 23


 Sebahagian petugas Jalinan Rakyat Wanita UMNO Bahagian Jerantut 
di Rumah Jerantut, Felda Jengka 25


Pintu masuk ke Perumahan Felda Jengka 25


Petang tadi (23.2.2011, Datuk Ahmad Maslan dalam sidang akhbarnya di Balai Raya Jengka 23, memberikan  taklimat mengenai rangka jadual kawatan YAB Perdana Menteri pada 27hb Februari nanti ke Felda Jengka 22, 23 dan 25.

Berhubung dengan PRK DUN Kerdau, beliau juga memaklumkan bahawa 57 peratus undi dalam DUN Kerdau adalah datangnya dari 3 Peti undi Jengka berkenaan manakala 43 peratus lagi datangnya dari 10 peti undi lainnya.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa dalam ucapan Mat Sabu dalam kempennya, merayu pengundi Merlimau memberikan undi kepada Pas atas alasan Pas tidak mampu bersuara sebagai pembangkang kerana ketiadaan kerusi didalam  DUN Melaka. Bagaimanapun, Ahmad Maslan menegaskan bahawa tidak perlu undi simpati diberikan kepada Pas bagi DUN Merlimau kerana suara Pas sebagai pembangkang sepatutnya boleh didengar melalui 'sahabatnya' DAP.

Tambahnya lagi, jika DAP tidak dapat membawa suara Pas didalam DUN Melaka, apakah gunanya persahabatan mereka selama ini? Selain itu, Datuk Ahmad Maslan juga menolak pengunaan perkataan 'Pakatan Rakyat' kerana lojiknya rakyat tidak pernah berpakat atau memberikan mandat kepada parti-parti pembangkang untuk mewakili suara rakyat selama ini. Pakatan itu hanyalah pakatan parti-parti pembangkang untuk melemahkan kerajaan.

Beliau juga menyeru pengamal media termasuk blogger supaya jangan lagi mengunakan perkataan 'Pakatan Rakyat' bagi merujuk gabungan dan kerjasama parti pembangkang dalam mana-mana ucapan dan tulisan kerana itu adalah tidak sesuai dan tidak benar sama sekali sebaliknya mereka patut dirujuk hanya sebagai 'pakatan haram' kerana tidak ada pendaftaran resmi sehingga kini.

No comments: