Monday, February 21, 2011

UMNO KUALA KRAU BERUSAHA UNTUK KEMENANGAN LEBIH BESAR



Pejabat UMNO Bahagian Kuala Krau


Kekosongan kerusi DUN Kerdau berikutan kematian Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kasim akan diisi melalu satu Pilihanraya Kecil yang akan diadakan tidak lama lagi. Justeru, UMNO Bahagian Kuala Krau telahpun menghantar senarai 6 orang calon untuk tindakan selanjutnya dari Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Datuk Ismail Mohamed Said, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau mengesahkannya.

UMNO Kuala Krau juga yakin akan dapat mempertahankan kerusi DUN Kerdau malahan mensasarkan majoriti yang lebih besar lagi selaras dengan gelombang perubahan sokongan rakyat dewasa ini yang sudah mula cenderung untuk berbalik semula kepada menyokong UMNO BN.

Bagaimanapun, petugas-petugas pilihanraya diingatkan supaya berkerja lebih bersungguh-sungguh dengan menganggap pembangkang adalah sentiasa berusaha kuat untuk menjatuhkan kerajaan walau dengan apa cara sekalipun.

3 comments:

Anonymous said...

klu nak menang us ana tu suruh dia main jauh2.

Anonymous said...

Salam...,

Pertama2 jangan biarkan berlarutan soseh soseh di kedai2, restoran2 mahupun dalam gelap. Stretagi rumah ke rumah adalah penting. Projek juta2an tak main, selesaikan janji dan hutang dalam PRU ke 12 walaupun tidak semuanya. Banyakkan tazkirah disurau2, masjid2, bukan mengutuk2 lawan. Lihat kaum manoriti. Kemaskan RK 10.

Pang5 Banir... InsyaAllah menyebelahi UMNO/BN.

Helang Buana said...

UNTUK PETUGAS PILIHANRAYA DUN KERDAU YANG INGIN MENYEWA RUMAH, SILA HUBUNGI 0179573887